• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah GLC, 2 Individu Disyaki Rasuah Direman

oleh Ahmad Albab
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama adiknya direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan menerima suapan lebih RM39.9 juta.

Lelaki berstatus ‘Datuk’ berusia 50 itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam pada 5 petang semalam kerana disyaki memberikan projek kepada syarikat yang berkepentingan ketika memegang jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat GLC sebelum meletakkan jawatan tahun lalu.

Selain adiknya, 35, yang berjawatan pengarah di syarikat sama ketika itu, turut direman ialah lelaki berusia 61 tahun yang juga pengarah urusan syarikat berkenaan.

Perintah reman yang berkuat kuasa hari ini hingga Selasa itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah di sini.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan.

Jurucakap SPRM berkata tahanan reman bagi ketiga-ketiga suspek ialah bersabit dengan kesalahan semasa kesemua mereka bertugas di GLC di mana suspek utama memegang jawatan sebagai CEO.

Katanya ketika ditahan, suspek utama merupakan pengarah di sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, manakala dua yang lain masih bertugas di GLC yang sama.

Dua individu terbabit ditahan malam tadi selepas hadir memberi kenyataan di ibu pejabat SPRM di sini semalam, katanya.

Dalam kes berasingan, tahanan reman seorang pengurus besar sebuah syarikat GLC berhubung dakwaan menyalahg guna kuasa dan menerima suapan melebihi RM10 juta yang tamat hari ini disambung enam hari lagi, bermula esok.

Dua kontraktor yang turut direman berhubung kes sama dilepaskan dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd