• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Cawangan UMNO & 2 Cucu Rentung Kebakaran

oleh Ahmad Albab
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Ketua Cawangan UMNO Kampung Baru di sini bersama dua cucunya rentung dalam kebakaran sebuah rumah di kampung itu, malam tadi.

Mayat Osman Lawidu, 60, dikenali sebagai Pak Osman, dua cucu perempuannya Nurul Natsha, 11 dan Nurul Musdalifah 10, ditemukan bersebelahan satu sama lain.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan di sebuah bilik dan dipercayai mati lemas akibat terhidu asap tebal.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat, katanya di sini, hari ini.

Katanya ketika kejadian hanya tiga mangsa berada di rumah tersebut, isteri Osman, anak perempuan mereka iaitu ibu kepada dua cucunya tidak berada di rumah dan berada di HDOK Sandakan menjaga seorang lagi cucu mereka yang sedang menerima rawatan.

Menurutnya panggilan kecemasan kebakaran itu diterima pada 9.30 malam dan operasi pemadaman api tamat pada 1.34 pagi, ini.

Operasi itu membabitkan 10 pegawai dan anggota bomba diketuai Anddre menggunakan dua jentera bomba dan sebuah kenderaan utiliti.

Anddre berkata punca kebakaran masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kebakaranMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd