• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar: Jumlah Mangsa Di Selangor Kekal

oleh Ahmad Albab
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jumlah mangsa akibat fenomena air pasang besar yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di Selangor masih kekal 237 mangsa, sejak malam tadi sehingga 8.30 pagi ini.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, seramai 123 mangsa daripada 44 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar manakala 114 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang.

Beliau berkata selain itu, ban Tebuk Mendeling dan Sungai Air Tawar di Sabak Bernam yang telah dibaiki semalam, pecah semula ketika air pasang bagaimanapun kawasan penempatan tidak terjejas dan masih berada dalam keadaan selamat.

“Keadaan terkawal di kawasan tersebut susulan pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) telah mengepam air banjir keluar dari kawasan penempatan penduduk,” katanya.

Fenomena air laut pasang besar dilaporkan berlaku selama lima hari bermula semalam di beberapa pesisir pantai Selangor dengan ketinggian paras air dijangka mencecah sehingga 5.6 meter.

Dua daerah iaitu Klang dan Sabak Bernam dikategorikan sebagai zon merah atau kawasan berisiko tinggi dilanda banjir manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang sebagai zon kuning, kawasan berisiko sederhana. – BERNAMA

Tags: air pasang besarselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd