• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaysia Benam Papua New Guinea 2-1

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Skuad Harimau Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 2-1 ke atas Papua New Guinea pada aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Shah Alam, di sini, petang ini.

Kemenangan itu berjaya melunaskan kembali kekalahan 0-2 skuad kebangsaan kepada pasukan sama pada aksi persahabatan Jelajah Oceania di Stadium Sir John Guise, Papua New Guinea pada 17 Jun lepas.

Pada aksi hari ini, gawang skuad negara dibolosi seawal minit keenam menerusi Nigel Dabinyaba selepas beliau memanfaatkan kelalaian benteng pertahanan skuad negara.

Penyerang Ahmad Hazwan Bakri bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan untuk skuad kebangsaan pada minit ke-20 menerusi sepakan voli dalam kotak penalti lawan, sekali gus menceriakan hampir 5,000 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Skuad kebangsaan hampir menggandakan jaringan pada minit ke-34 namun percubaan Ahmad Hazwan hasil hantaran kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah tinggi melewati pintu gol pasukan pelawat dan keputusan 1-1 kekal sehingga waktu rehat.

Babak kedua menyaksikan skuad kebangsaan kembali mengasak dan berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-47 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mohd Amri.

Pengadil, Alongkron Feemuechang dari Thailand menghadiahkan sepakan penalti itu setelah penyerang kebangsaan, Darren Lok dijatuhkan pertahanan pelawat, Alwin Komolong dalam kotak penalti.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee kemudian membuat beberapa pertukaran pemain pada pertengahan babak kedua bagi menguatkan jentera serangan, namun gagal menambah jaringan sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan persahabatan tersebut adalah aksi terakhir skuad kebangsaan sebelum berangkat ke Yangon, Myanmar pada Rabu ini bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B kejohanan dwitahunan itu bersama Kemboja, Vietnam dan tuan rumah, Myanmar. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video: ‘Menang Tetap Menang!’ – TMJ

02/04/2018
0

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira bukan kepalang dengan kejayaan skuad Harimau Malaysia menewaskan Bhutan 7-0 pada...

Piala Asia 2019: Malaysia Seri Bertemu Hong Kong

06/09/2017
0

SKUAD Harimau Malaya meraih satu mata pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 selepas aksi seri 1-1 ke atas Hong Kong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd