• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah Bernilai Hampir RM90,000

oleh AK-47
14/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak merampas dadah jenis methamphetamine seberat 1.3 kilogram bernilai RM89,950 daripada seorang peniaga di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak ACP V.R Ravi Chandran berkata suspek berumur 28 tahun dan berasal dari Sungai Besi, Kuala Lumpur ditahan di kawasan parkir di pusat perniagaan Greentown kira-kira pukul 5.45 petang.

Katanya semua dadah berkenaan dibungkus dalam paket plastik dan dipasarkan sebagai “Organic Whole Food Mango Powder” yang dipercayai untuk diedar kepada kelab malam sekitar Perak.

“Ini adalah kes pertama dadah dipasarkan dalam bentuk sedemikian dan polis berjaya memintas pengedarannya sebelum menjadi popular,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ravi Chandran berkata dadah berkenaan ditemukan di dalam kereta suspek dan ia dipercayai boleh dibekalkan kepada lebih kurang kepada 1,000 penagih.

Menurut Ravi Chandran berdasarkan siasatan suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing mendapati dia negatif menagih dadah.

Polis turut merampas pasport Malaysia dan kad pengenalan atas nama suspek.

Suspek direman mulai semalam sehingga 20 Nov ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd