• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Komited Bantu Cari Pesawat MH370 Yang Hilang

oleh Ahmad Albab
10/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara China mengulangi komitmen untuk terus membantu mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak Mac lepas.

Komitmen itu disampaikan Naib Presiden Eksekutif Mahkamah Agung China, Shen Deyong sewaktu mengunjungi Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen hari ini.

Abu Zahar berkata Shen yang mengetuai anggota delegasi sembilan orang itu turut meluahkan rasa simpati dan sedih di atas kehilangan pesawat tersebut.

“Shen memberitahu negaranya akan sentiasa membantu Malaysia (mencari pesawat). Beliau juga berkata kejadian itu sebagai misteri dan boleh berlaku kepada mana-mana negara,” katanya kepada Bernama selepas kunjungan itu.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Usaha mencari pesawat masih diteruskan di selatan Lautan Hindi, kawasan penerbangan pesawat dipercayai berakhir.

Abu Zahar berkata dalam pertemuan selama sejam itu, turut dibincangkan ialah langkah untuk mempertingkatkan lagi hubungan baik antara Malaysia dan China termasuk membuka lebih banyak peluang ekonomi antara kedua-dua negara.

“Shen berkongsi bagaimana cara mereka mentadbir negara dan ekonomi dengan jumlah rakyat yang begitu ramai. Perkongsian ini boleh membantu Malaysia melakukan transformasi dalam usaha memajukan ekonomi negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd