• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Segambut: Mayat 3 Beranak Dituntut Keluarga

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat tiga beranak dipercayai dibunuh di sebuah rumah sewa di tingkat dua Apartmen Nova, Taman Sri Sinar, Segambut di sini, 26 September lepas dituntut hari ini.

Mayat Cheah Hing Soon, 34, serta anak perempuannya Cheah Kai Sze, 3, dan bayi lelaki berusia tujuh bulan, Cheah Kai Wen, dituntut keluarga mereka dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Mayat tiga beranak itu akan dibawa ke pusat pengurusan mayat Kwong Tong, Sungai Besi, di sini bagi upacara keagamaan dan penghormatan terakhir.

Bagaimanapun, anggota keluarga mangsa enggan ditemu bual media.

Pada 26 September lepas, mayat lelaki itu dan dua anaknya dijumpai di rumah sewa mereka di pangsapuri itu.

Mayat bayi dan kanak-kanak itu dijumpai dalam dua bekas simpan barang besar yang ditutup dengan plastik dalam sebuah bilik manakala mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di bilik tidur utama. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd