Tajuk di atas…itulah baris ayat hampir sama digunakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang mengundang kepada rasa marah yang begitu hebat sekali daripada Jabatan Pengarang akhbar Utusan Malaysia.
Kemarahan itu jelas terzahir melalui penulisan Awang Selamat dalam ruangan Analisis Mingguan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Baris ayat itu diungkapkan dalam satu sidang media di hadapan ramai wartawan akhbar lain sekali gus meletakan akhbar berkenaan dalam keadaan yang memalukan.
Kata-kata yang menghina itu sebenarnya yang membawa kepada konflik dan teguran paling pedas pernah dilemparkan oleh sebuah akhbar milik UMNO kepada mana-mana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Bukan teguran Adnan Yaakob tetapi kandungan teguran yang tersasar itu yang menjadi isu.
Rasanya kalau Adnan Yaakob sebagai seorang yang berumur dan lama dalam politik menggunakan bahasa yang elok sikit, mungkin pihak Utusan pun akan terima teguran dengan nada terbuka.
Marah Adnan dengan laporan ‘Cameron Highland Ditawan’ oleh Utusan Malaysia minggu lalu mungkin bertempat.
Pada beliau, istilah ditawan itu seolah-olah menzahirkan yang beliau macam tak buat kerja.
Tetapi cuma kadang-kadang respon balas dan imiginasi beliau macam terover sikit berbanding dengan tahap sebenar sesuatu isu itu.
Hakikatnya, tak perlu nak sebut akhbar nak bangkrap apa semua kan. Fokus pada isu sebenar sudah la. Bagi tahulah apa yang anda rasa tak betul dengan gaya terpelajar.
Penulis pernah menjadi wartawan di Pahang dan mempunyai beberapa episod bergaduh sendiri dengan Adnan. Cuma Ketua Pengarang ketika itu tidak membelasah Adnan seperti mana yang dilakukan oleh Ketua Pengarang sekarang.
Adnan memang satu hal suka fikir terlalu ke hadapan dengan setiap laporan Utusan kalau ada unsur negatif, mesti beliau akan tafsirkan sebagai mahu menjatuhkan dirinya daripada kerusi Menteri Besar.
Sebenarnya tidak pun. Semua yang diungkapkan adalah teguran yang jika diambil secara positif akan membantu menaikkan imej Adnan juga.
Memang tidak dinafikan…Utusan sedang melalui zaman yang agak perit terutama dari segi jualan akhbar.
Namun, rasanya semua syarikat akhbar di negara ini (malah seluruh dunia) sedang berhadapan dengan masalah yang sama.
Banyak faktor yang menyumbang kepada kejatuhan itu tetapi yang paling penting ialah era digital di mana maklumat sampai dengan pantas terus ke tangan pengguna telefon bimbit atau gadjet lain yang mempunyai capaian internet.
Namun, bagi Utusan, ada faktor tambahan yang membawa kepada permasalahan berkenaan.
Paling nyata ialah apabila Utusan terpaksa mempertahankan pemimpin UMNO seperti Adnan Yaakob ini semua. Ini membawa kepada kemusnahan imej Utusan.
Bahan berita yang bersifat mengangkat dan mempertahankan orang seperti Adnan Yaakob inilah antara sebab jualan Utusan semakin lama semakin lemah.
Masyarakat menuntut berita yang bersifat neutral.
Tidak perlu la kita berlakon…kita semua tahu berita Utusan 100 peratus menyebelahi pemimpin UMNO waima yang hampeh tak reti buat keje dan dibenci masyarakat pun cuba ‘diharumkan’.
Andai Utusan menulis apa sahaja secara bebas… Utusan pasti akan terus gagah sebagai akhbar nombor 1 negara. Namun kaki dan tangan Utusan itu terikat.
Musnah imej Utusan kerana orang seperti Adnan Yaakob tetapi akhirnya ia perlu pula mendengar ayat seperti paper nak bangkrap… itu sikap tak kenang budi di kalangan segelintir pemimpin UMNO terhadap pengorbanan sebuah akhbar yang mana legasinya mula wujud sebelum era merdeka lagi.
Oleh: AK-47