• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktor Robert Vaughn Meninggal Dunia Kerana Leukemia

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Robert Vaughn, aktor yang terkenal memegang watak Napoleon Solo dalam siri perisikan televisyen Amerika Syarikat (AS), ‘The Man from U.N.C.L.E’, meninggal dunia hari ini kerana leukemia. Beliau berusia 83 tahun.

“Vaughn menghembuskan nafas terakhirnya (di New York) dengan anggota keluarga berada di sisinya,” kata pengurusnya, Matthew Sullivan memberitahu majalah Deadline Hollywood.

Pelakon terkenal itu meninggalkan isteri, Linda, anak lelaki, Cassidy dan anak perempuan, Caitlin.

Lahir di New York, Vaughn menjadi perhatian apabila dicalonkan untuk Anugerah Oscar kerana wataknya dalam ‘The Young Philadelphians’ pada tahun 1959. Setahun kemudian, dia berlakon sebagai lelaki bersenjata yang diburu dalam filem popular Barat, ‘The Magnificent Seven’.

Meskipun aktor itu mempunyai senarai lakonan yang panjang, dia meraih populariti dalam siri televisyen terutama melakonkan watak periang dan bergaya Napoleon Solo – versi James Bond dalam televisyen dalam ‘The Man from U.N.C.L.E.’ Siri televisyen mulai tahun 1964 hingga 1968 itu adalah salah satu siri paling popular pada era 1960-an sehingga mengangkat Vaughn sebagai bintang antarabangsa.

Selepas siri televisyen itu tamat, dia kembali semula ke layar perak dalam beberapa filem termasuk bersama aktor Steve McQueen dalam ‘Bullitt’, sebelum kembali semula ke rangkaian televisyen.

Beberapa tahun lalu, Vaughn melakonkan watak sebagai lelaki penipu dalam siri televisyen Britain, ‘Hustle’ dan tampil pada tahun 2012 dalam opera British, ‘Coronation Street’. – AFP

Tags: aktor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Damon Ke Jakarta Untuk Projek Air Bersih

05/07/2018
0

JAKARTA - Aktor terkenal Hollywood, Matt Damon, baru-baru ini telah berkunjung ke pejabat Koperasi Mitra Dhuafa (Komida) di Jakarta, Indonesia. Akhbar The Jakarta Post...

Wajah Aktor Ini Makin Kacak Lepas Botak Kepala

21/05/2017
0

BAGI sebahagian selebriti Barat, rambut menjadi salah satu aset penting. Maka tidak hairan jika banyak artis yang kerap berganti gaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd