Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Setiap Rakyat Malaysia Akan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor memberi jaminan setiap rakyat Malaysia...

Bayi Lemas Dalam Baldi:...

SHAH ALAM - Ibu kepada Abdul Rayyan Mijan, sembilan bulan yang lemas di...

UMNO Arah 191 Bahagiannya...

KUALA LUMPUR : UMNO mengarahkan semua 191 Bahagiannya termasuk pergerakan Wanita, Pemuda dan...

Pengasas Bersama Alibaba, Jack...

BEIJING - Pengasas bersama Alibaba, Jack Ma akan bersara daripada syarikat gergasi e-dagang...

Damon Ke Jakarta Untuk Projek Air Bersih

JAKARTA – Aktor terkenal Hollywood, Matt Damon, baru-baru ini telah berkunjung ke pejabat Koperasi Mitra Dhuafa (Komida) di Jakarta, Indonesia.

Akhbar The Jakarta Post melaporkan bahawa akaun Facebook Komida telah memuat naik beberapa foto yang menunjukkan aktor itu bergambar bersama-sama kakitangan organisasi tersebut pada Selasa.

Bagaimanapun, foto-foto itu telah dipadamkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Menurut sebuah portal berita online, tempo.co, aktor itu berkunjung untuk menjayakan sebuah projek usaha sama antara Komida dan Water.org yang memfokus kepada negara yang berdepan masalah kekurangan air bersih dan sanitasi.


Damon, yang membintangi siri filem Jason Bourne, trilogi Oceon, The Martian, Good Will Hunting, The Talented Mr Ripley, Saving Private Ryan dan Courage Under Fire, adalah pengasas Water.org, sebuah organisasi yang memfokus kepada penyediaan air bersih serta meningkatkan sanitasi di seluruh dunia.

Pada 2014, Water.org memperkenal program WaterCredit di Indonesia dengan Komida sebagai antara rakan kongsinya.

“Sejak itu, kami telah membuka sebuah pejabat di Jakarta, mengupah kakitangan dan melancarkan perkongsian tempatan dengan 14 institusi kewangan mikro. Kami terus memperluas kehadiran kami menerusi perkongsian dengan pelbagai jenis organisasi, termasuk perkongsian dengan persatuan dan bank luar bandar,” menurut Water.org di laman sesawangnya. – BERNAMA

Kategori