• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Termasuk 2 Pelajar Sekolah Maut Dalam Kemalangan

oleh AK-47
11/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tiga maut termasuk dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Talib Karim, Alor Gajah dekat sini dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Padang Sebang di sini, petang semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian pukul 6.20 petang itu adalah pemandu kereta Proton Saga iaitu Herman Md Johan, 22, dan dua penumpang Muhammad Haziq Norhesyam, 15, serta Nur Syarifah Azura Ramzi, 14.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Melaka Pemangku Supt Mohd Sham Abdullah, berkata tiga mangsa cedera iaitu penumpang Proton Saga iaitu Muhammad Daniel Jamaluddin, 15, juga pelajar SMK Dato’ Haji Talib Karim; pemandu Perodua Axia Tan Chee Song, 29, dan pemandu Proton Exora Zainaf Hussin, 34.

“Pemandu Proton Wira Norsuhaila Sulaiman, 26, tidak mengalami kecederaan.

Siasatan awal mendapati kereta Proton Saga dipandu Herman dari arah Tampin ke Alor Gajah manakala tiga lagi kenderaan iaitu Perodua Axia, Proton Exora dan Proton Wira pula dari arah bertentangan.

“Kereta Proton Saga berkenaan dipercayai hilang kawalan ekoran dipandu laju dalam keadaan jalan licin sebelum memasuki laluan bertentangan dan berlanggar secara hadapan dengan kereta Perodua Axia dipandu Tan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kereta Proton Exora dipandu Zainaf pula tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan kereta Perodua Axia terbabit manakala Proton Wira dipandu Norsuhaila sempat mengelak Proton Exora namun berlanggar dengan Proton Saga itu.

Katanya Herman dan Nur Syarifah Azura maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat, manakala Muhammad Haziq meninggal dunia di Hospital Tampin ketika mendapatkan rawatan.

Mohd Sham berkata tiga mangsa yang cedera turut dikejarkan ke Hospital Tampin bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangankemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd