• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelbagai Usaha Tangani Murid Histeria SK Pasoh 3

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menangani masalah histeria dalam segelintir kalangan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasoh 3, Jempol, kata Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Rusni Ab. Jalil.

Beliau berkata antaranya memanggil Pejabat Kesihatan Daerah membuat pemeriksaan tahap kualiti makanan dan tempat penyediaan makanan apabila laporan menyatakan murid berasa pening sebelum kejadian histeria berlaku, bagaimanapun kualiti makanan dan kebersihan kantin disahkan dalam keadaan baik.

“Selain itu, pihak sekolah turut menggunakan khidmat rawatan alternatif dan kaedah Islam daripada Jempol dan Segamat, Johor bagi mengatasi masalah ini namun masih belum berjaya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian histeria dalam kalangan murid di SK Pasoh 3 pada pagi hampir setiap hari sejak Ogos lepas sehingga kini sebagaimana disiarkan di muka depan akhbar Kosmo hari ini.

Rusni berkata pihaknya dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sentiasa memantau dengan rapi dari masa ke masa terhadap masalah berkenaan dan memberi kerjasama kepada mana-mana pihak mempunyai kepakaran bagi mengatasinya.

“Pihak kami memandang serius kejadian itu dan berharap masalah ini dapat diatasi segera bagi membolehkan murid di sekolah itu belajar seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: HisteriamuridSekolahSK Pasoh 3
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd