• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar Di Pesisir Pantai Selangor Isnin Ini

oleh Ahmad Albab
11/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Fenomena air laut pasang besar diramal berlaku selama lima hari bermula Isnin ini di pesisir pantai Selangor dengan ketinggian paras air mencecah 5.6 meter.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, risiko berlakunya banjir boleh meningkat sekiranya hujan lebat dan angin kencang turut melanda pada masa yang sama.

“Penduduk di kawasan berisiko iaitu daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam disaran mematuhi arahan pihak berkuasa dan bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan berdekatan yang mula dibuka pada pukul 2 petang, Ahad ini.

“Kerajaan negeri juga telah mengarahkan semua agensi berkaitan membuat persediaan bagi menghadapi bencana tahap tinggi di semua daerah yang terlibat,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, dua daerah iaitu Klang dan Sabak Bernam dikategorikan sebagai zon merah atau kawasan berisiko tinggi dilanda banjir manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang sebagai zon kuning, kawasan berisiko sederhana.

Kawasan yang terlibat bagi daerah Klang adalah Kampung Tok Muda dengan pusat pemindahannya di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, Kapar, manakala bagi penduduk Batu 5, Kapar pula akan ditempatkan di Dewan Serbaguna Jalan Palembang, Kampung Rantau Panjang.

“Bagi daerah Sabak Bernam pula kawasan terlibat adalah di Kampung Sungai Air Tawar serta Tebuk Mendeling dan pusat pemindahannya di Dewan Sungai Air Tawar,” tambah kenyataan itu.

Bagi daerah Kuala Selangor, kawasan yang dijangka mengalami banjir adalah Pasir Penambang, Bagan Pasir dan Pantai Remis; daerah Kuala Langat di Pantai Kelanang dan pesisir pantai Tanjung Sepat manakala daerah Sepang di pesisir pantai Bagan Lalang.

Menurut kenyataan itu lagi, pusat pemindahan di ketiga-tiga daerah zon kuning berada dalam keadaan siap sedia untuk dibuka sekiranya keadaan menjadi buruk. – BERNAMA

Tags: air pasang besarselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd