• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fit Masjid 2016 Di Masjid At-Taqwa, Paroi Ahad Ini

oleh
11/11/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lebih 3,000 orang akan menyertai program Fit Masjid 2016 peringkat kebangsaan di Masjid At-Taqwa, Paroi di sini Ahad ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Azura Sarbin berkata program ini merupakan program baharu yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan yang berkonsepkan Islam, bertujuan mendekatkan golongan belia dengan institusi masjid melalui gabungan elemen keagamaan dan riadah santai.

“Program ini yang diadakan seawal 5 pagi dan akan turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Antara pengisian program ini ialah qiamullail dan usrah, solat subuh berjemaah dan kuliah subuh, fun walk (5km), fun ride (10km), senam cergas, kidszone serta pameran jualan produk Islam,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Katanya objektif program ini adalah untuk mendekatkan golongan belia dengan institusi masjid.

Selain itu, katanya program ini juga dapat mengembalikan fahaman bahawa tugas menguruskan pengimarahan masjid adalah sunnah Rasulullah SAW dan ia adalah merupakan satu ibadat.

“Pada masa sama, ia dapat mengimarah dan meningkatkan kapasiti masjid sebagai institusi pembangunan ummah dengan menarik penglibatan belia melalui aktiviti keagamaan, kerohanian serta aktiviti rekreasi. Warga Negeri Sembilan, khususnya para belia dijemput untuk bersama-sama menjayakan program ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fit MalaysiaFit MasjidKBS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd