• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Awam Mesti Sokong Kerajaan Memerintah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan bahawa setiap kakitangan awam perlu menyokong kerajaan yang memerintah dengan memberikan kerjasama terhadap pelaksanaan aspirasinya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen UMNO Johor 2016 di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata amalan serta pendirian seperti itu adalah biasa dan telah terpakai di mana-mana tempat.

“Saya percaya amalan dan pendirian yang terpakai di mana-mana ialah kakitangan pentadbir perlu menyokong kerajaan yang memerintah, itu sahaja. Noktah!,” kata beliau sebagai mengulas isu sama ada terdapat ataupun tidak kakitangan kerajaan negeri ini terlibat dengan parti-parti politik baharu, yang diwujudkan baru-baru ini.

Mohamed Khaled berkata sekiranya terdapat penglibatan daripada mana-mana kakitangan pentabdir termasuk anggota majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), maka individu itu telah menyalahi amalan.

“Nanti kita tengoklah (bagaimana bentuk tindakan) tetapi amalannya ialah kakitangan kerajaan mesti menyokong dan memberikan kerjasama dalam menjayakan asprirasi kerajaan yang memerintah,” katanya yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Sementara itu, menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md Jais Sarday, kerajaan negeri memang ada menerima ‘permintaan’ daripada seorang anggota majlis PBT untuk melepaskan jawatan, baru-baru ini.

Namun, Jais enggan mengulaskan sebab di sebalik perletakan jawatan tersebut walaupun dipercayai kerana menyertai parti politik baharu.

“Dia minta untuk lepaskan jawatan jadi kita terimalah dan ia berlaku baru-baru ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khaled NordinPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

Pemangku Sultan Johor Terima Sembah Maklum Berkaitan Pertahanan Negara

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi menyembah maklum...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke-96 Kerajaan Arab Saudi

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dan Arab Saudi terus melangkah ke hadapan berteraskan keakraban serta kepercayaan yang telah lama terbina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd