• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKFZ: Phang Bebas Tuduhan Pecah Amanah RM254.85j

oleh
10/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka O.C. Phang atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 juta berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Selepas tujuh tahun menghadapi pertuduhan, Hakim Slamat Yahya semalam melepaskan dan membebaskan Phang daripada pertuduhan selepas Jabatan Peguam Negara membenarkan representasi Phang berhubung pertuduhan.

Peguamnya Francis Ng Aik Guan ketika dihubungi berkata pihak pendakwa memohon supaya Phang dibebaskan tetapi tidak terlepas daripada pertuduhan tetapi beliau menolaknya dan memohon anak guamnya dibebaskan sepenuhnya.

“Hakim membenarkan permohonan itu dan membebaskan anak guam saya,” kata beliau.

Perbicaraan kes telah bermula dan mahkamah telah mendengar keterangan daripada tiga saksi pihak pendakwa.

Pada Disember 2009, Phang dituduh, sebagai pengurus besar yang diamanah dengan penguasaan ke atas dana dalam akaun di RHB Bank Berhad, telah melakukan pecah amanah melibatkan wang RM98,700,000 di Lembaga Pelabuhan Klang di Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, antara 1 Oktober, 2004 dan 5 September, 2005.

Dia juga dituduh melakukan dua lagi kesalahan pecah amanah melibatkan RM21,600,000 dan RM134,550,000 di tempat yang sama, masing-masing antara 30 September, 2005 dan 9 Mei, 2006 dan antara 1 Jun, 2005 dan 13 Januari, 2006.

Phang dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. – BERNAMA

Tags: Datin Paduka O.C. Phangpecah amanahPKFZ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd