• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Pembenihan Awan Di N.Sembilan Berjaya – MB

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Orang ramai di negeri ini diminta terus mengamalkan penggunaan air bersih secara berhemah meskipun proses pembenihan awan yang dilaksanakan sejak minggu lepas berjaya menghasilkan hujan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini berikutan paras air sungai dan empangan masih pada tahap minima dan belum mencapai paras sepatutnya walaupun menerima taburan hujan lebat selepas proses berkenaan.

“Kita bersyukur pembenihan awan yang dilaksanakan sejak Jumaat lepas berjaya menghasilkan hujan selain solat hajat oleh jemaah masjid dan surau yang dilakukan di seluruh negeri ini.

“Bagaimanapun, kita masih memerlukan hujan dalam tempoh lama bagi mendapatkan kandungan air lebih banyak hingga boleh meningkatkan paras air di empangan dan sungai,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Proses pembenihan awan dilaksanakan di negeri ini sebanyak enam kali dengantumpuan utama di kawasan yang mempunyai hulu sungai di daerah Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah.

Mohamad berkata paras air di beberapa sungai seperti Sungai Ulu Muar dan Sungai Triang yang menjadi sumber bekalan air mentah, didapati meningkat sedikit selepas hujan.

“Ini membolehkan tindakan melepaskan air di empangan bagi meningkatkan paras air sungai dihentikan, dan menyambung semula langkah-langkah menadah air hujan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya masih memantau situasi bekalan air di negeri ini dan akan meneruskan proses pembenihan awan sekiranya paras air sungai dan empangan kembali merosot.

“Berdasarkan kepada situasi semasa paras air dan empangan, cadangan untuk melaksanakan catuan bekalan air secara berkala masih ditangguhkan,” katanya.

Mohamad berkata pemantauan turut dilakukan terhadap sektor pertanian dan perladangan yang memerlukan bekalan air yang cukup terutamanya melibatkan aktiviti menanam padi.

Bagaimanapun, katanya, keutamaan adalah untuk memastikan bekalan air minuman untuk orang ramai mencukupi sebelum perhatian diberikan kepada keperluan lain. – BERNAMA

Tags: Pembenihan Awan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Kerajaan Lulus RM5 Juta Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Kelantan – Ahmad Zahid

Kerajaan Lulus RM5 Juta Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Kelantan – Ahmad Zahid

19/06/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kelantan bermula Jumaat hingga Ahad ini bertujuan meningkatkan paras air Sungai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd