• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Timbul Isu Gaji Rakyat Malaysia ‘Stagnant’

oleh Ahmad Albab
09/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sentiasa membuat kajian semula Perintah Gaji Minimum (PGM) setiap dua tahun bagi memastikan dasar gaji minimum selaras dengan kedudukan ekonomi negara.

Menterinya Datuk Seri Richard Riot berkata tidak timbul isu gaji median (penengah) rakyat di negara ini ‘stagnant’ atau tidak berubah jika mengambil kira kadar inflasi negara.

“Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji penengah dan upah bulanan pekerja di Malaysia tahun lepas meningkat 6.5 peratus setahun kepada RM1,600 berbanding RM1,500 pada 2014.

“Purata gaji dan upah bulanan rakyat Malaysia pula meningkat 5.3 peratus kepada RM2,312 pada 2015 berbanding RM2,193 pada tahun sebelumnya,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Ahmad bertanya usaha kerajaan melonjakkan gaji pekerja kerana dilaporkan gaji median pekerja ‘stagnant’ dan menurun jika mengambil kira kenaikan kadar inflasi negara.

Menjelas lanjut, Riot berkata kadar inflasi Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia juga menurun pada kadar 1.6 pada tahun ini berbanding 2.1 pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: GajiRichard Riot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd