• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah Bernilai RM56,888, Senapang Angin Dirampas

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan 449 orang dan merampas dadah bernilai RM56,888 serta selaras senapang angin, dalam Operasi Mingguan Jihad Memerangi Dadah sejak 2 Nov lepas di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata daripada bilangan itu, seramai 13 orang disyaki pengedar dadah, 149 disyaki memiliki dadah, 286 orang positif dadah manakala seorang ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas.

“Kita dapati dalam kebanyakan operasi, dadah jenis pil kuda (methamphetamine) adalah paling banyak dirampas, dan dalam operasi minggu ini pil kuda yang dirampas adalah sebanyak 1,228 biji.

“Dadah lain yang dirampas adalah heroin, ganja, syabu, Eramin 5, ubat batuk, daun dan air ketum,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata polis menahan enam lelaki dan merampas sebotol air daun ketum serta sepucuk senapang angin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tujuh, Tumpat pada pukul 3 petang semalam.

“Seorang daripada suspek berusia 36 tahun mempunyai lima rekod kesalahan lampau dan didapati positif opiate manakala yang lain negatif dadah,” katanya.

Dalam tangkapan terbaharu pukul 10 pagi tadi, polis menahan empat lelaki berusia antara 32 dan 47 tahun yang positif morfin dalam satu serbuan di kawasan semak berdekatan Kampung Pak Kerau, Tumpat.

Dalam serbuan itu polis menjumpai 12 botol mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin bernilai RM24,000. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd