• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Letak Jawatan Presiden KAFA

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan melepaskan jawatannya kerana mahu memberi laluan kepada individu yang lebih layak bagi mengisi kerusi nombor satu badan induk negeri itu.

Beliau menerusi laman sosial berkongsikan sepucuk surat perletakan jawatannya yang diserahkan kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor di Facebooknya, sebentar tadi.

“Dengan hati yang berat, saya dengan ini memaklumkan bahawa saya melepaskan jawatan sebagai Presiden KAFA berkuatkuasa serta merta.

“Saya berharap tugas ini dapat dipikul oleh mereka yang lebih mampu mengangkat kecemerlangan bola sepak Kelantan seperti mana berjaya dilakukan oleh negeri-negeri lain,” tulisnya.

Annuar Musa Letak Jawatan Presiden KAFA

Annuar mula menjadi Presiden Kafa pada 2008 dan antara pencapaian yang paling membanggakan adalah membantu Kelantan yang lebih dikenali sebagai The Red Warriors muncul juara treble pada 2012 dan memenagi beberapa piala.

Annuar yang juga merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada akhir-akhir ini mula bersuara betapa beliau tidak lagi mampu menguruskan badan induk bola sepak negeri itu setelah dihimpit masalah kewangan dan kekurangan penaja. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KAFAKelantanTan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd