• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Penampilan Diri Selebriti Boleh Dipotong – LHDN

oleh AK-47
dalam Artis, LHDN, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POTONGAN cukai ‘penampilan diri’ untuk penggiat seni sudah diberikan selama ini oleh kerajaan, jelas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kerajaan sedia memberikan potongan bagi bayaran jurusolek dan sewaan pakaian, selain beberapa kos lain seperti pengurusan artis dan pengiklanan, kata seorang jurucakapnya.

Malah kos perjalanan seperti petrol, tol dan caj parkir juga boleh dimohon untuk dikecualikan cukai, kata pegawai perhubungan awam LHDN, Masrun Maslim.

“Untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan. Ia terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka,” katanya yang dipetik Malay Mail Online.

“Setiap tahun mereka kena hantar Borang B.  Jadi mereka boleh tuntut belanja operasi setiap tahun.

“Mereka perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois (termasuk, pembelian alat solek), baucer, bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain,” jelasnya.

Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan Nora Danish dalam sebuah akhbar semalam yang menyeru kerajaan memberikan ‘sedikit pelepasan’ cukai atas faktor kerjaya artis yang sentiasa perlu dilihat menarik dalam berpenampilan.

“Cuma apa yang saya harap ada sedikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.

“Jadi, (bayaran) ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami,” kata pelakon itu dalam temubual bersama akhbar terbabit.

Mengulas lanjut, Masrun berkata LHDN menganggap kos atau bayaran tersebut ‘perbelanjaan operasi’ sebagai penggiat seni.

“Sebenarnya, terma yang kami gunakan bukanlah pelepasan cukai sebaliknya terma yang betul ialah perbelanjaan operasi sebagai artis dan selebriti,” katanya lagi.

Tambahnya, kebanyakan penggiat seni dikenakan cukai tinggi kerana tidak menghantar borang cukai dan gagal menyediakan penyata pendapatan yang lengkap dengan dokumen sokongan.

Terdahulu, cadangan Nora telah menimbulkan kontroversi apabila ada pengguna internet membuat andaian golongan artis mahu mengelak cukai walaupun pendapatan mereka jauh kebiasaannya jauh lebih tinggi daripada kebanyakan orang biasa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: CukaiLHDNNora Danish
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd