• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Bangga Dengan Batik Malaysia – KM Sabah

oleh Ahmad Albab
07/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Rakyat Malaysia harus menanam perasaan bangga terhadap batik tempatan yang mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

“Kita seharusnya berbangga dengan keupayaan usahawan batik kita yang mampu menghasilkan pelbagai produk batik yang mempunyai nilai estetika, berkualiti dan praktikal.

“Oleh itu, setiap sektor perlu bekerjasama dalam memastikan industri batik terus kukuh seiring pembangunan negara dan tidak hilang ditelan zaman,” katanya ketika merasmikan Festival Viva Batik anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia, di sini hari ini.

Bagi meningkatkan permintaan terhadap industri batik, Musa berkata pengusaha perlu menghasilkan produk dan corak batik yang kreatif, berinovasi dan berkualiti tinggi secara konsisten supaya industri itu terus kukuh dan mampu berdaya saing.

Pada majlis itu, Pengerusi Waterfront Urban Development Sdn Bhd Datuk Abdul Ghani Rashid menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada pengerusi yayasan berkenaan Nori Abdullah.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga penaung Yayasan Budi Penyayang Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa Aman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tahan Musa Aman, Didakwa Petang Ini

05/11/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi...

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd