• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Guan Eng Tak Pilih Ramasamy?

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAUM bukan faktor. Kami semua rakyat Malaysia. Begitulah laungan DAP selama ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini berharap DAP menerima Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menggantikan beliau sebagai ketua menteri sekiranya beliau dipenjara.

Lim tidak menamakan kedua-dua timbalan ketua menterinya, Mohd Rashid Hasnon dari PKR dan P. Ramasamy, dari DAP.

Tindakan Lim melangkau Rashid boleh difahami, kerana beliau daripada PKR. Sememangnya di sini tiada faktor kaum, lagipun DAP tidak mengamalkan perkauman.

Tetapi mengapa Lim tidak tergamak pilih Ramasamy sebagai penggantinya?

Apakah Ramasamy tidak layak? Sekiranya Lim uzur hari ini, yang menjalankan urusan ketua menteri Pulau Pinang sebagai pemangkunya adalah Rashid dan Ramasamy, bukannya Chow.

Sekiranya Chow layak menjadi ketua menteri, mengapa pula dia tidak diambil sebagai timbalan ketua menteri?

Rasanya, Lim perlu memberi justifikasi mengapa Chow harus dipilih berbanding Ramasamy sebagai ketua menteri.

Selepas itu, beliau wajib menjawab mengapa Ramasamy diangkat timbalan ketua menteri, bukannya Chow, sekiranya benar Chow lebih layak daripada Ramasamy.

Dari sudut satu, bukankah ia akan menggembirakan para pejuang “Kami adalah rakyat Malaysia” sekiranya Ramasamy diangkat menjadi ketua menteri?

Bukankah ia memberikan harapan setiap ahli dalam DAP mempunyai peluang sama-rata memegang jawatan tertinggi?

Kalau tidak, apa lagi faktornya? Ingat, jangan terfikir pesong ke arah faktor perkauman. Di dalam DAP, semua orang dianggap rakyat Malaysia dan kaum bukannya faktor penentu.

Cuma terfikir, apakah Lim juga akan menggesa DAP menerima calon pilihannya untuk menggantikannya sebagai setiausaha agung DAP?

Ini demokrasi, dan DAP merupakan pejuang demokrasi. Kan? - Free Malaysia Today

Tags: DAPKerajaan Pulau PinangLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd