• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Tesco: 20,000 Pemilik Akaun Kehilangan Wang

oleh AK-47
08/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TESCO Bank di United Kingdom menghentikan urus niaga dalam talian untuk pelanggan selepas 20,000 buah akaun semasa dipercayai telah mengalami kehilangan wang, menurut laporan akhbar The Guardian.

Ketua Eksekutif institusi perbankan tersebut, Benny Higgins, memberitahu BBC beliau “amat berharap” agar para pelanggan akan dibayar balik dalam tempoh 24 jam.

Kira-kira 40,000 akaun didapati melakukan urus niaga yang mencurigakan pada hujung minggu lalu, di mana separuh daripada jumlah wang di dalam akaun-akaun itu telah diambil, katanya.

Salah satu punca boleh dipertimbangkan adalah peruncit pihak ketiga, kata bank itu.

Selain itu, terdapat kemungkinan sistem perbankan dalam talian Bank Tesco itu telah digodam.

Menurut salah seorang pelanggan, sejumlah wang tunai telah dikeluarkan dari akaun dalam empat transaksi berasingan, dan kesemuanya didapati dilakukan dari Rio de Janeiro, Brazil.

Namun, pelanggan masih dapat menggunakan kad mereka untuk pengeluaran tunai, pembayaran cip dan pin, serta pembayaran bil.

Mereka juga boleh menggunakan perbankan dalam talian, tetapi tidak boleh membuat transaksi dalam talian sehingga keadaan kembali terkawal, kata Higgins kepada program TV Today.

Sebelum ini, bank itu mengesahkan beberapa akaun “telah terdedah kepada aktiviti jenayah dalam talian, dan terdapat beberapa kes yang melibatkan wang yang dikeluarkan tanpa kebenaran.”

Higgins turut memohon maaf atas “kebimbangan dan kesulitan” yang telah dihadapi pelanggan.

Pada hujung minggu lalu, pelanggan merungut tentang pengeluaran wang tanpa kebenaran, sekatan kad dan penangguhan yang lama untuk menghubungi pihak bank melalui telefon.

“Kami terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pengawal selia untuk menangani insiden penipuan ini dan akan memastikan pelanggan kami dimaklumkan melalui kemas kini yang teratur menerusi laman web kami, Twitter, dan komunikasi secara langsung,” kata Higgins lagi.

Sementara itu, saham dalam kumpulan Tesco telah jatuh lebih daripada 2% pada awal dagangan selepas insiden pengeluaran tanpa kebenaran ini. - MYNEWSHUB.CC

Tags: BankPenipuantesco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd