• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS Masih Siasat Punca Pencemaran Sungai Semenyih

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) masih menyiasat air sungai di Nilai, Negeri Sembilan yang didakwa sebagai punca pencemaran Sungai Semenyih.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata JAS telah menghantar sampel air dari empat lokasi di kawasan berkenaan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Siasatan bersepadu antara JAS Negeri Sembilan, Majlis Perbandaran Nilai, Jupem (Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), JPSM (Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia), Badan Kawal Selia Air dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) masih diteruskan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) berkaitan pencemaran yang dilaporkan menjejaskan kualiti air Sungai Semenyih baru-baru ini.

Sebelum ini, wujud dakwaan berlaku pencemaran Sungai Buah di Nilai, Negeri Sembilan sehingga menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih tergendala.

Mengulas lanjut, anggota Parlimen Ledang itu berkata berdasarkan siasatan JAS juga, tiada penemuan pelupusan haram berlaku di Bentong, Pahang yang boleh mencemarkan sungai itu

Penutupan LRA Semenyih menjejaskan bekalan air kepada penduduk di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang. – BERNAMA

Tags: JASsungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

Mayat Lelaki Ditemui Di Tepi sungai Bandar Sunway

01/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki ditemui di tepi sungai berhampiran sebuah kolej swasta di Bandar Sunway, malam tadi. Mayat yang hanya...

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

Mayat Ditemukan Dalam Bungkusan Di Sungai, Disyaki Dibunuh

13/09/2025
0

Ipoh: Polis mengklasifikasikan penemuan mayat dalam bungkusan di tepi sungai berhampiran tanah perkuburan Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd