• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai SPRM Mengaku Tak Salah Tuduhan Ugut Biras

oleh Ahmad Albab
07/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia naik berang lalu mengeluarkan kata-kata kesat ketika dibawa keluar dari kandang tertuduh di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengugut birasnya, dua bulan lalu.

Muhammad Nazrin Abdullah, 37, bertindak menjeritkan kata-kata kesat itu ketika dibawa keluar dari kandang tertuduh di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Terdahulu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Muhammad Nazrin didakwa melakukan ugutan dengan menunjukkan sebilah parang panjang kepada birasnya Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah beralamat Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira 7.10 pagi pada 21 September lalu.

Pertuduhan dibawa oleh pegawai pendakwa Inspektor Harlina Mohd Aidil mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Maslinda kemudian membenarkan Muhammad Nazrin diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan sementara pasport antarabangsanya ditahan.

Mahkamah Majistret juga menetapkan 21 November untuk sebutan semula.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan tertuduh melapor diri dua minggu sekali di Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Segamat dan tidak dibenarkan mendekati mangsa serta anak.

Muhammad Nazrin, yang tidak diwakili peguam, sebelum ini diperintah reman oleh Mahkamah Majistret Segamat pada 29 Oktober hingga 1 November bagi membantu siasatan kes keganasan rumah tangga. – BERNAMA

Tags: Kes UgutSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd