• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 150 Doktor Pakar Letak Jawatan Setiap Tahun

oleh Ahmad Albab
07/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hampir 150 doktor pakar yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan jawatan setiap tahun sejak enam tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata daripada Januari hingga September tahun ini, 128 doktor pakar telah meletakkan jawatan, manakala 124 orang mengambil langkah yang sama tahun lepas.

“Unjuran sejak enam tahun lepas masalah doktor pakar yang meletakkan jawatan adalah hampir 150 orang setahun, kita terus kehilangan mereka menyebabkan antara faktor kurangnya doktor pakar,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ikmal Hisham ingin tahu keseriusan masalah kekurangan doktor pakar di negara ini dan sama ada Malaysia mampu mencapai sasaran nisbah satu doktor kepada 400 pesakit menjelang 2020.

Hilmi berkata antara penyebab doktor pakar meletakkan jawatan ialah mereka menunggu terlalu lama untuk dinaikkan pangkat.

Katanya doktor pakar gred U53 dan U54 didapati paling ramai meletakkan jawatan apabila terpaksa menunggu sehingga 10 tahun untuk dinaikkan pangkat.

“Sehubungan itu kita sedang melakukan pelbagai langkah untuk memastikan mereka kekal dengan memperkenalkan satu lapis gred iaitu Gred 56 yang masih lagi dalam perincian Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya.

Selain itu, katanya faktor pendapatan pakar di hospital kerajaan yang lebih rendah berbanding hospital swasta juga antara perkara yang diberi perhatian oleh kerajaan iaitu dengan memperluaskan polisi ‘Pesakit Bayar Penuh’ di hospital KKM untuk membantu pakar menambah pendapatan mereka.

Beliau turut memaklumkan sehingga Sept tahun ini terdapat lebih 4,000 doktor pakar berkhidmat dengan KKM dalam pelbagai bidang kepakaran.

“Walaupun terdapat peningkatan bilangan doktor pakar saban tahun, namun kita kekurangan doktor pakar selaras peningkatan penduduk, beban penyakit dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Tags: doktorHilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

08/03/2025
1

GEORGE TOWN - Polis menerima satu lagi laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada seorang doktor perubatan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd