• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Yakin Strategi Terbaharu Mampu Perangi Dadah

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yakin dengan strategi terbaharu yang digunakan agensi itu mampu memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat di negara ini.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata dengan menggunakan slogan ‘perangi dadah habis-habisan’, pelaksanaan enam strategi yang digunakan agensi itu bermula tahun ini dilihat dapat mengurangkan sehingga 50 peratus penagih baharu di satu ‘hotspot’ di Merotai, Sabah.

Katanya, antara enam strategi yang digunakan adalah mengenal pasti ‘hotspot’ atau kawasan yang dikesan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah di setiap negeri.

Selain itu, Op Cegah turut diadakan iaitu cuba mendekati penagih dadah agar mereka diberikan rawatan yang berkesan serta Op Sarang iaitu mengindahkan bekas sarang penagihan dadah menjadi pusat rekreasi menerusi program My Beautiful Malaysia, katanya.

“Sejak kempen ini dimulakan tahun ini, kajian impak fasa pertama terbukti didapati ia dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa dan pemimpin komuniti untuk bersama AADK membanteras masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

“Bila ramai dari kalangan anggota komuniti termasuk ibu bapa melaporkan kepada pihak kami mengenai penyalahgunaan dadah oleh anak mereka, secara langsung kami dapat mengenal pasti mereka dan mudahkan kami untuk berikan rawatan serta pencegahan awal kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Media 2016 di sini, semalam yang turut dihadiri Pengarah AADK Terengganu, Rohayu Ahmad.

Abd Halim berkata penglibatan pihak lain dalam membantu AADK membanteras jenayah penyalahgunaan dadah juga amat dihargai seperti hebahan kejayaan AADK di media massa dan kerjasama dengan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia di setiap negeri.

“Kita juga sedang berusaha untuk meningkatkan integrasi ‘rawatan berasaskan komuniti’ supaya rawatan dan pemulihan terhadap penagih dadah dapat dilakukan di dalam komuniti dengan harapan ia dapat meningkatkan kesedaran terhadap masyarakat pentingnya membanteras penyalahgunaan dadah secara habis-habisan,” katanya. – BERNAMA

Tags: AADKkes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd