• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayrill Hilang Selepas Seronok Hidup Gelandangan

oleh AK-47
07/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat bimbang dimarahi, Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril mengambil keputusan untuk tinggal bersama gelandangan di Chow Kit selama beberapa hari sebelum ditemui Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin berkata, penjelasan itu susulan rakaman keterangan percakapan kanak-kanak tersebut bersama bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, dan ibunya Siti Rohayu Yaacob, 37.

Menurutnya, mangsa bimbang dimarahi bapanya kerana sudah lewat malam untuk pulang ke rumah dan mengakui seronok mengikuti kehidupan gelandangan di Chow Kit bersama seorang rakannya yang dikenali sebagai Ari.

Jelasnya, mangsa telah menaiki bas Rapid KL ke Pudu untuk berjumpa dengan Ari berusia 13 tahun di Chow Kit sebelum menetap di rumah gelandangan selama beberapa hari dan enggan pulang ke rumah kerana seronok diberikan makanan percuma daripada orang awam setiap malam.

Katanya, mangsa pernah berjumpa dengan Ari yang tidak bersekolah di belakang taman pusat membeli belah Pusat Konvenysen Kuala Lumpur sebelum kejadian.

“Mangsa pada awalnya tidak mahu balik kerana takut dimarahi ayahnya dan apabila mengikut Ari, mangsa berasa seronok mengikuti kehidupan gelandangan kawasan Chow Kit.

“Selepas menyedari dia sudah kehabisan wang, Noor Ayrill Aqasha menaiki bas percuma Go-KL untuk ke rumah ibunya tetapi terlupa jalan ke rumah ibunya dan membuatkan dia hilang arah diperhentian bas sebelum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca: Budak Hilang Sejak 31 Okt Ditemui Di Hentian Bas

Chong berkata, mangsa tinggal bersama Ari sebagai gelandangan di Chow Kit sejak 29 Oktober lalu sebelum menaiki bas percuma untuk ke rumah ibunya pada Sabtu lalu.

Menurutnya, ibu bapa Noor Ayrill Aqasha telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 8 malam Ahad untuk memberikan keterangan berhubung perkara ini.

“Kanak-kanak ini akan pulang dan tinggal bersama ibunya dan kedua ibu bapa berjanji akan memastikan tidak akan mengabaikan anak mereka pada masa depan,” katanya.

Lagi: Ibu Risau Noor Ayrill Aqasha Hilang Sejak 31 Oktober

Kehilangan Noor Ayrill Aqasha menjadi bualan hangat di media sosial selepas keluarganya meminta bantuan netizen dan pihak berkuasa untuk mencari kanak-kanak itu yang keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, Isnin lalu.

Pencarian akhirnya berhasil apabila, Noor Ayrill Aqasha ditemui dalam keadaan selamat oleh abang rakannya, Mohd Ismail Abdullah, 15, di sebuah perhentian bas di Bukit Ampang, kira-kira jam 7,30 petang, Sabtu lalu. - MYNEWSHUB.CC

Tags: budak hilanggelandangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

Dua Anjing K9 Akan Bantu Pencarian Hud

Dua Anjing K9 Akan Bantu Pencarian Hud

25/02/2025
2

TANAH MERAH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan yang dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd