• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Umum Orang Kepercayaan Siap-Siap

oleh Ahmad Albab
06/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak awal mengumumkan orang kepercayaannya sebagai penggantinya jika beliau dihukum penjara disebabkan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai individu yang akan memegang jawatan Ketua Menteri sewaktu ketiadaannya.

“Saya meminta ahli dan pemimpin DAP menyokong cadangan saya Kon Yeow mengambil alih jawatan saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Kami akan mempertahankan DAP dan Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN) bersama-sama sebagai satu pasukan, satu roh dan satu pihak,” katanya memujuk ahli DAP.

Kata-kata beliau itu dipetik melalui teks ucapannya bersempena Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2016 hari ini.

Guan Eng dalam pada itu menegaskan beliau sanggup mati berdiri daripada hidup melutut kepada BN.

Beliau seterusnya mengambil kesempatan mempertahankan kritikan yang dilemparkan keatasnya di media sosial kerana gagal menangani masalah banjir di Pulau Pinang.

Guan Eng dikritik kerana pernah mendakwa mampu menyelesaikan isu banjir hanya dalam tempoh satu penggal jika Pakatan Harapan memerintah.

“Banjir kilat adalah satu satu cabaran baru disebabkan hujan lebat luar biasa,” katanya memberi alasan. – Mynewshub.cc

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd