• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konvensyen UMNO Johor Bakal Semarakkan Semangat Ahli

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Konvensyen Umno Johor yang bakal berlangsung minggu depan, dijangka dapat menyemarakkan semangat dan perjuangan anggota Umno, sekaligus membuktikan parti itu masih kukuh di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Md Jais Sarday berkata, konvensyen dua hari itu, yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, juga akan dijadikan platform bagi mengeratkan hubungan antara generasi lama dan baru di kalangan anggota parti.

“Sesuai dengan tema Di Sini Lahirnya Umno, kami amat berharap konvensyen ini juga akan dapat digunakan untuk menyegarkan kembali sejarah penubuhan Umno yang lahir di negeri ini kepada semua ahli agar ia sentiasa tersemat di hati mereka,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Pejabat Perhubungan Umno, di sini, Sabtu.

Konvensyen Umno Johor yang akan diadakan di Hotel Berjaya Waterfront pada 14 dan 15 November ini, kata beliau, juga harus memberi tumpuan terhadap dua perkara asas yang akan dijadikan sebagai kekuatan parti itu.

Md Jais berkata, setiap perwakilan harus fokus mengenai strategi untuk memperkasakan parti, selain memberi cadangan-cadangan sesuai bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Pada konvensyen kali ini, Umno Johor akan mengadakan bengkel dengan empat tajuk utama iaitu politik, ekonomi, pendidikan dan agama serta bengkel golongan muda.

“Saya harap, bagi setiap tajuk ini, arah tuju perbincangan ditumpukan terhadap dua perkara asas itu,” kata beliau.

Md Jais berkata, kedua-dua asas itu penting memandangkan Umno Johor kini seringkali diserang hebat oleh pembangkang khususnya DAP yang berazam untuk menumbangkan parti itu di negeri ini.

Beliau berkata, setiap perwakilan harus bijak mengambil kesempatan pada konvensyen itu nanti memandangkan ia adalah platform terbaik untuk melahirkan resolusi bagi menyuarakan pandangan Umno Johor menjelang Perhimpunan Agung Umno pada 25 hingga 29 November ini.

Konvensyen dua hari itu yang bermula pada 14 November ini bakal menyaksikan kehadiran kira-kira 850 perwakilan dari 26 bahagian selain daripada pemerhati dan jemputan khas.

Ia merupakan konvensyen pertama yang diadakan di bawah kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Menteri Besar Johor. – BERNAMA

Tags: JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd