• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Pecah Masuk Dewan Komuniti Cina Kemaman Diburu

oleh AK-47
04/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Pihak polis memburu dua lelaki yang dipercayai memecah masuk Dewan Komuniti Cina, di sini dan mencuri beberapa peralatan penghawa dingin, dua minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Mohd. Said Ibrahim berkata kedua-dua suspek yang berusia 30-an itu dipercayai bersubahat bersama tiga lelaki yang ditahan Sabtu lepas.

Beliau yang menganggarkan kerugian lebih RM10,000 berkata, pendedahan penglibatan dua lagi suspek timbul selepas soal siasat terhadap mereka yang telah ditahan itu.

“Ekoran kejadian pada 21 Oktober itu pihak kami menjalankan intipan dan lapan hari selepas itu (29 Oktober) kami berjaya menangkap tiga lelaki dan mereka mengaku terlibat dalam kejadian itu.

Kita berjaya merampas beberapa peralatan penghawa dingin yang diambil iaitu empat kepingan aluminium serta beberapa peralatan pecah rumah. Siasatan lanjut mendapati seorang daripada mereka positif dadah,” katanya.

Mohd Said berkata dua suspek diberkas pada 2 pagi, 29 Oktober di sebuah rumah di Kampung Dusun Nyoir, di sini manakala keesokannya seorang lagi ditahan sekitar 3.10 petang di kawasan Air Putih.

Tambahnya ketiga-tiga lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun itu dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini dan dihukum penjara lapan bulan setelah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana menyimpan harta curi, yang dijumpai di dalam semak berdekatan lokasi kejadian.

Katanya terdapat cubaan kedua, tiga hari selepas kejadian untuk pecah masuk dewan yang sama namun gagal.

Berikutan kejadian itu juga, Mohd. Said mengingatkan peniaga barangan lusuh supaya tidak bersekongkol dengan penjenayah dengan membeli barangan curi termasuk kepingan tembaga dan besi.

“Kami akan menjalankan siasatan dari semasa ke semasa di kedai barangan lusuh ini untuk membanteras kegiatan mencuri barangan besi,” katanya. – BERNAMA

Tags: pecah masukSupt Mohd Said Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

06/10/2024
0

Iskandar Puteri : Empat kenalan termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Tanjung Kupang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd