• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKMM, RTM Tambah Baik SOP Tatacara Kewangan Projek

oleh Ahmad Albab
04/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bekerjasama membuat penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) berhubung tatacara kewangan untuk Projek Pembangunan Kandungan Penyiaran Digital stesen televisyen itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata penambahbaikan dan langkah-langkah pengawalan kewangan berkenaan dijalankan sejak Jun 2014 bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

“RTM dan kementerian juga telah menambah baik terma rujukan dan keahlian Jawatankuasa Perolehan Rancangan TV,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salleh mengulas Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung Pengurusan Projek Pembangunan Kandungan Penyiaran Digital di bawah KKMM yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri dan dibentangkan di Parlimen pada 16 Jun 2014.

Dalam kenyataan media mengenai laporan itu semalam, Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin berkata KKMM dan RTM perlu memantapkan kawalan terhadap urusan pembayaran serta perolehan membabitkan kandungan penyiaran bagi memastikan rakyat memperoleh manfaat daripada wang dibelanjakan.

Hasan berkata setiap prosedur dan pekeliling berhubung tatacara kewangan yang disediakan kerajaan perlu dipatuhi sepenuhnya bagi mengelakkan berlaku ketirisan dan penyelewengan.

PAC dalam prosidingnya, antara lain membangkitkan tentang perbelanjaan perolehan program bagi saluran TV1 dan TV2 berjumlah RM43.70 juta adalah di luar skop projek berkenaan tanpa mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi dan Perbendaharaan.

Sambil menerima baik saranan PAC itu, Salleh menjelaskan RTM kini memberi sepenuh perhatian dan akan lebih berhati-hati agar sentiasa mematuhi semua prosedur dan pekeliling berhubung tatacara kewangan.

“Tindakan tatatertib sepertimana yang telah disyorkan oleh Jawatankuasa Siasatan Khas LKAN (Laporan Ketua Audit Negara) Siri 2/2013 yang ditubuhkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam telah pun diambil,” kata Salleh. – BERNAMA

Tags: KKMMRTM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

26/10/2025
0

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd