• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Maut Tak Sempat Teguk Air Dibeli

oleh Ahmad Albab
08/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENDAU – Seorang lelaki warga Bangladesh tidak sempat meneguk minuman yang dibelinya di sebuah kedai apabila dia secara tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku di Jalan Dato’ Mohd Ali, di sini, kira-kira jam 1.50 petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Ali Hossain Gazi, 40-an, dipercayai tinggal di Tanjung Gemuk, Rompin, dikatakan baru sahaja membeli minuman di sebuah kedai sebelum secara tiba-tiba rebah di hadapan kedai tersebut ketika hendak mengambil basikalnya.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 40-an, berkata, dia yang sedang berbual-bual dengan seorang rakannya melihat lelaki berkenaan turun dari basikalnya sebelum masuk ke kedai untuk membeli minuman.

“Sebaik sahaja dia (mangsa) keluar dari kedai, tiba-tiba lelaki itu rebah semasa hendak menuju ke arah basikalnya.

“Pada mulanya saya sangka dia terjatuh, namun sebaik mendapati mangsa tidak bangun-bangun orang ramai mula mengerumuninya dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Chan berkata, sebaik menyedari kejadian itu, orang ramai tidak berani berbuat apa-apa sehingga pihak polis tiba untuk membawa jenazah tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan awal mengklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: mautwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd