• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dapat Kebenaran Cabar Keputusan Penjara

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya hari ini memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Penjara Sungai Buloh tidak membenarkan sentuhan fizikal dengan anggota keluarga ketika lawatan di penjara itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati ada isu yang perlu dibicarakan dan permohonan Anwar tidak remeh dan menyusahkan.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk memberi keputusan spontan untuk kes ini kerana ia hanya untuk permohonan kebenaran. Permohonan ini tidak remeh dan menyusahkan. Jadi, saya meluluskan permohonan kebenaran ini tanpa perintah mengenai kos,” kata hakim.

Mahkamah menetapkan 17 Nov ini untuk pengurusan kes.

Terdahulu, peguam N. Surendran, yang mewakili Anwar, berhujah tindakan pihak penjara yang tidak membenarkan Anwar bersentuhan dengan ahli keluarga ketika lawatan di penjara telah melanggar hak perundangan.

“Adalah tidak munasabah bagi jabatan (Penjara Sungai Buloh) untuk melarang tanpa memberi apa-apa alasan,” katanya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan pula berhujah Anwar dan keluarganya tidak memenuhi kelayakan untuk diberi kebenaran bagi mendapatkan perintah mandamus supaya pihak penjara membenarkan mereka bersentuhan secara fizikal ketika lawatan berkenaan.

Anwar, yang diberi peluang oleh mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa beliau membuat permohonan itu, berkata: “Permohonan (sentuhan fizikal) itu dibuat supaya penghuni (penjara) lain boleh menikmati faedah yang sama jika mahkamah membenarkan permohonan tersebut.

“Saya hanya ingin menyentuh dan memeluk anak-anak serta cucu ketika mereka melawat saya di penjara kerana sebelum ini kami dihalang untuk melakukan sentuhan fizikal,” kata Anwar.

Selain Anwar, 68, turut bertindak selaku pemohon ialah isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63, dan empat anak perempuan mereka Nurul Izzah, 35, Nurul Nuha, 32, Nurul Ilham, 28, dan Nurul Iman, 25.

Turut memfailkan permohonan itu ialah anak Nurul Izzah, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Raja Ahmad Harith, masing-masing berumur sembilan dan tujuh tahun, serta anak Nurul Nuha iaitu Sulaimaan Mohamad Khairul, dan Yahya, masing-masing berumur empat dan tiga tahun.

Mereka menamakan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri selaku responden.

Mereka memohon perintah bahawa keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac lepas yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara Anwar dan kesemua anggota keluarga dibatalkan.

Mereka mendakwa semasa lawatan ke penjara yang dibenarkan setiap tiga minggu sekali, Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dipisahkan daripada mereka melalui dinding kaca dan percakapan hanya dibuat melalui telefon.

Anwar, melalui surat peguam caranya bertarikh 2 Mac lepas, telah memohon kepada ketiga-tiga responden supaya membenarkan sentuhan fizikal semasa lawatan keluarga ke penjara tetapi mendakwa pengarah Penjara Sungai Buloh menolak permohonan berkenaan melalui surat bertarikh 14 Mac. – BERNAMA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd