• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Gesa Polis, BNM Siasat Pembiayaan Dana Asing

oleh AK-47
02/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa badan bukan kerajaan hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat organisasi tempatan yang didakwa menerima dana asing yang dibiayai jutawan mata wang George Soros, melalui yayasan miliknya Open Society Foundation (OSF).

Badan berkenaan iaitu Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia membuat laporan polis di ibu negara manakala Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor (Gapenas) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Selangor di Shah Alam.

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Datuk Jamal Md Yunos berkata pihak polis harus mengambil tindakan segera kerana dana yang didakwa disumbangkan melalui OSF kepada Bersih, Merdeka Center dan portal berita Malaysiakini bertujuan menumbangkan kerajaan secara haram.

“Saya berharap pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia ambil tindakan yang tegas, gunakan undang-undang sedia ada untuk bekukan semua aset pemimpin mereka (pemimpin Bersih),” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan di Ibu Pejabat Malaysiakini di Jalan Tandang, Petaling Jaya pada petang Sabtu.

Di SHAH ALAM, Pengerusi Gapenas, Nasiruddin Mohamed yang bercakap bagi pihak Gapenas dan PBPM berkata laporan polis itu dibuat selepas mereka membaca pendedahan DC Leaks mengenainya yang disifatkan sangat membahayakan keselamatan negara.

“Pendedahan ini perlu disiasat dan dibuktikan. Sekiranya benar terdapat individu atau ejen asing berurusan dan campur tangan serta terlibat mempengaruhi politik Malaysia maka mereka adalah pengkhianat yang telah melakukan penderhakaan terhadap kedaulatan dan kemerdekaan negara,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Nasiruddin berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat supaya pihak yang terlibat dikenakan tindakan kerana menggugat keselamatan negara.

Dalam laporan media pada Isnin, DC Leaks mendedahkan satu kumpulan asing dipengerusikan Soros dilaporkan membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mencatur keputusan pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kerajaan perlu mengambil tindakan segera sekiranya terbukti terdapat organisasi tempatan menerima pembiayaan daripada organisasi asing untuk tujuan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Penglibatan pihak asing dalam urusan politik negara tidak boleh diterima dan berniat jahat. Sebagai rakyat Malaysia, perkara ini jelas mengganggu kedaulatan negara dan ia perlu ditentang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program perangi dadah habis-habisan di Pasir Salak, Perak, hari ini.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata sekiranya pendedahan DC Leaks itu benar ini adalah kali kedua Soros berniat jahat terhadap negara dengan kali pertama Soros memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara, sehingga memberi impak kejatuhan nilai Ringgit pada 1997. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md YunosNGO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

08/06/2026
0

KULAI - Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd