• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lambakan’ Pil Gugur Online Untuk Pasangan Terlanjur

oleh AK-47
20/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGIKLANAN barangan dan perkhidmatan dalam talian sudah menjadi trend terkini bagi memudahkan pelanggan melihat produk yang ditawarkan.

Namun, disebalik kerancakan perniagaan itu, ada juga yang mengambil kesempatan menawarkan pil gugur kepada pasangan terlanjur melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog.

Lambakan penjualan ubat menggugurkan janin ini dilihat semakin terbuka di laman sosial dengan menawarkan pelbagai pakej harga yang kononnya berpatutan.

Antaranya, setiap pelanggan diberikan beberapa pilihan untuk membeli pil terbabit iaitu mengikut dos berbeza iaitu RM15 bagi setiap biji dengan pilihan pertama, 20 pil dijual pada harga RM310 termasuk kos penghantaran tambahan RM10.

Bagi pilihan kedua, setiap set mengandungi 20 ubat dijual dengan harga RM340 disertakan pakej ubat tambahan serta kos penghantaran pos dengan harga sama seperti pakej pertama.

Namun, kini pelbagai pakej yang ditawarkan sehingga pelanggan boleh memilih dengan mudah melalui pencarian di laman sosial secara terbuka.

'Lambakan' Pil Gugur Online Untuk Pasangan Terlanjur

Dengan kata-kata memujuk oleh pengiklan ini seolah-olah menggalakkan lagi masalah sosial yang semakin membimbangkan kini.

Carian pil gugur di laman sosial tidak sukar kerana hanya dengan menaip ‘pil gugur’, pelbagai laman sosial dengan bermacam-macam jenis nama akaun akan terpapar di depan mata.

Pemerhatian Mynewshub mendapati aktiviti penjualan produk ini bebas dipasarkan di laman sosial yang kononnya ingin membantu golongan wanita yang terlanjur dan menghadapi masalah kewangan tanpa memikirkan soal larangan dalam agama.

Antara laman sosial yang menawarkan pil gugur adalah Pil Gugur Berkesan, Ubat Gugur Kandungan yang mengiklankan pil itu secara bebas dan teknik penjualan tersebut hanya melalui sistem WhatsApp atau sistem pesanan ringkas (SMS).

'Lambakan' Pil Gugur Online Untuk Pasangan Terlanjur

'Lambakan' Pil Gugur Online Untuk Pasangan Terlanjur

Antara pil yang ditawarkan adalah jenis Cytotec, Cytolog, Mifegest, Mifepristone, Gastrul, Duo861, PCT200, Norcolut Norethisterone untuk menggugurkan janin.

Cara penggunaan pil tersebut adalah dengan memasukkan pil itu ke dalam kemaluan atau makan seperti biasa.

Difahamkan, pil Cytotec dan Misoprostol adalah untuk penyakit gastrik namun penyelidikan mendapati ianya juga boleh digunakan untuk menggugurkan kandungan.

Pil tersebut digunakan untuk penyakit gastrik dan tidak dilesenkan untuk menggugurkan anak serta di bawah kawalan dan didaftarkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk merawat penyakit ulser duodenum dan ulser gastrik.

Namun, apa yang terjadi kini apabila ubat tersebut semakin mudah didapati tanpa pengawasan doktor bertauliah sebaliknya dikeluarkan oleh pengiklan yang mengaku sebagai doktor di hospital atau klinik swasta, pembantu perubatan dan sebarang profesion yang menunjukkan mereka pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Ini hanyalah untuk menyakinkan pelanggan untuk mendapatkan produk mereka dan sekaligus mengaut keuntungan dengan cara mudah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: iklanonlinePil Gugur Kandungantrend
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

UMNO Terima 11,077 Ahli Baharu, 70 Peratus Golongan Muda, Johor Tertinggi – Asyraf Wajdi

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menerima 11,077 ahli baharu hanya dalam tempoh empat hari pendaftaran keahlian secara dalam talian (online) dibuka...

5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari

5,775 Daftar Ahli UMNO Secara ‘Online’ Dalam Tempoh 2 Hari

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,775 ahli baharu telah mendaftar secara dalam talian (online) dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd