• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Digantung Tugas, Aksi Lucah Dalam Kokpit

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERIMA padah. Seorang juruterbang British Airways (BA) telah digantung tugas selepas gambar-gambar yang memaparkan aksi lucahnya dalam kokpit, telah tersebar.

Dalam gambar itu, Colin Glover, 51, memakai stoking wanita manakala majalah lucah bersepah di depannya. Colin bagaimanapun menafikannya.

Gambar itu dipercayai dirakamkan dalam dua insiden berbeza, ketika beliau mengemudi pesawat untuk penerbangan jarak jauh dan dirakamkan pada waktu malam.

Salah satu gambar dirakamkan dalam pesawat 777, yang mempunyai kapasiti penumpang seramai 396 orang.

Meskipun Colin, yang dilahirkan di Windsor dan menetap di Dublin itu menafikannya namun dia tetap digantung tugas ketika siasatan dijalankan oleh BA.

Beliau yang mempunyai seorang anak itu telah berkhidmat untuk BA selama 26 tahun dan merupakan bekas graduan kejuruteraan awam dari Universiti Heriot-Watt pada 1987.

Dalam pada itu pakar penerbangan, Chris Yates ketika mengulas mengenai gambar berkenaan berkata, ia merupakan satu perbuatan yang merbahaya apatah lagi ketika itu ia separuh perjalanan.

“Tidak mungkin ia dirakamkan dalam simulator kerana berdasarkan lampu, ia memang dalam sebuah pesawat,’’ katanya.

Manakala juruterbang BA yang memberitahu Mail Online berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan sedang menyiasat termasuk sama ada gambar itu dirakamkan dalam simulator penerbangan atau pesawat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: British AirwaysJuruterbanglucah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd