• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Perempuan Baru Lahir Dijumpai Dalam Longkang

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan dipercayai baharu lahir dijumpai di dalam sebuah longkang, di belakang sebuah rumah di Taman Jaya Sepakat, Senai, dekat Kulai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md Said berkata bayi itu, yang dijumpai dalam keadaan lemah dan agak kebiruan pada pukul 4.30 petang itu, masih bertali pusat dan masih berdarah.

“Bayi perempuan itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan dan pemeriksaan.

“Bayi seberat 2.9 kilogram itu kini dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Dipercayai dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditemui,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat ini, bayi yang belum dikenal pasti bangsa dan keturunannya itu, masih belum dituntut mana-mana pihak.

Razak berkata bayi itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah mendapat kebenaran daripada pihak Pegawai Perubatan.

Beliau berkata mana-mana pihak yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh tampil menghubungi pihak polis.

Kes itu diklasifikasikan sebagai membuang bayi mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: buang bayipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd