• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan China Di Malaysia Dijangka Terus Meningkat – PM

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China terus kukuh, dengan jumlah pelaburan China di Malaysia dijangkakan terus meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tahun lepas, China melabur US$2 bilion (RM8.4 bilion) di Malaysia dan menjangkakan angka itu akan meningkat berasaskan aliran meningkat dalam pelaburan sejak lima tahun lepas.

“China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang dikekalkan sejak 2009. Jumlah dagangan dua hala pada 2015 sebanyak US$100 bilion,” katanya pada Mesyuarat Meja Bulat bersama 30 Peneraju Industri China di sini pada Selasa.

Acara anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) itu turut dihadiri Menteri Miti Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib kini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China mulai Isnin, dan semasa di sini, syarikat Malaysia dan China akan menandatangai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.

Putrajaya dan Beijing juga akan menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Pembiayaan dan Kejuruteraan, Pemerolehan, Kontrak Pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) bernilai US$13.10 bilion (RM55 bilion) pada Selasa.

ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China sangat menggalakkan berdasarkan hubungan perniagaan dan politik yang kini pada tahap tertinggi.

Beliau berkata syarikat Malaysia seperti IOI Group, Parkson, dan KLK, juga menimbang untuk meluaskan operasi masing-masing di China.

“Kami berkongsi pandangan China bahawa cara terbaik untuk berhadapan dengan kekangan ekonomi ialah dengan meningkatkan kerjasama dan mewujudkan manfaat bersama dan pertumbuhan mampan menerusi pelaburan dan perdagangan,” katanya.

Najib berkata pembabitan China yang semakin meningkat dengan rakan dan jirannya, menerusi strategi ‘Go Abroad’, inisiatif Satu Jalur Satu Jalan serta perjanjian pelbagai hala seperti Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China, membolehkan Malaysia meraih manfaat daripada penonjolan China di peringkat dunia.

Beliau berkata ekonomi Malaysia terus stabil dan berapa pada trajektori yang positif dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar antara 4 dan 4.5 peratus tahun ini dan meningkat kepada lima peratus pada 2017.

“Berdasarkan asas ekonomi yang kukuh, Malaysia terus menjadi destinasi yang sangat menarik kepada pelaburan langsung asing (FDI),” katanya.

Najib berkata pada separuh pertama 2016, FDI yang diluluskan mencecah 83.3 peratus daripada jumlah FDI yang diluluskan sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata kepelbagaian ekonomi, asas perkilangan yang kukuh, infrastruktur moden dan penyambungan, dasar kerajaan yang proaktif selain sistem perundangan yang kukuh, menawarkan potensi besar untuk memperkukuh kerjasama dengan China.

“Malaysia juga boleh menjadi gerbang China ke ASEAN dan melepasinya,” kata Najib pada pertemuan itu. – BERNAMA

Tags: ChinaNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd