• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Teruk, Arab Saudi Pecat Menteri Kewangannya

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Arab Saudi memecat menteri kewangannya sebagai langkah membendung masalah ekonomi yang teruk melanda negara itu.

“Ibrahim Abdulaziz al-Assaf sudah digugurkan daripada jawatannya,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, diterbitkan oleh agensi berita rasmi SPA, semalam.

Assaf yang memegang jawatan itu sejak 1996, kini digantikan oleh ketua Pihak Berkuasa Pasaran Modal, Mohammed Aljadaan yang bertanggungjawab mengawal selia pasaran saham.

Langkah itu diambil ketika Riyadh berhadapan krisis ekonomi susulan defisit belanjawan hampir AS$100 bilion (RM111 bilion) disebabkan kejatuhan harga minyak serta kenaikan perbelanjaan tentera Riyadh.

Sejumlah besar daripada perbelanjaan ketenteraan disalurkan untuk kempen ketenteraan menentang Yaman yang mana lebih 10,200 orang terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera.

Arab Saudi juga terpaksa memperkenalkan siri langkah penjimatan termasuk membatalkan beberapa bonus yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan negeri dan meningkatkan yuran visa kepada penduduk dan warga asing. – Agensi/BH Online

Tags: Arab SaudiEkonomi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan pihak yang didakwa memainkan sentimen perkauman dan xenofobial terhadap pelarian Rohingya...

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd