• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran: Kesihatan 3 Jururawat HSA Semakin Baik

oleh Ahmad Albab
31/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keadaan kesihatan dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang cedera dalam insiden kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu Selasa lepas bertambah baik, kata anggota exco kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata mereka tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan dan kedua-dua jururawat itu juga tidak lagi memerlukan bantuan oksigen.

Hanya pelatih fisioterapi yang masih diberikan rawatan oksigen biasa, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ayub berkata, ketiga-tiga mangsa iaitu Nursuhaily Saliman @ Suleiman, 23; Nurul Ain Zulkarnain, 24; dan Siti Nurshafika Mohd Amsah, 21, masih ditempatkan di Unit Rawatan Kebakaran untuk pemerhatian.

Mengenai S. Supammah, 67, pesakit ICU yang diselamatkan dalam tragedi kebakaran yang meragut enam nyawa pesakit kritikal di wad itu, Ayub berkata keadaannya masih kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Kebakaran.

“Dia masih menggunakan alat bantuan pernafasan namun berada dalam keadaan stabil dan dalam pemantauan pakar,” katanya.

Ayub berkata pesakit yang dimasukkan ke wad di HSA bagi tujuan pembedahan elektif (pembedahan yang dijadualkan lebih awal dan bukannya kes kecemasan) dibenarkan pulang.

Beliau turut memaklumkan kebanyakan kes kecemasan kini akan dirujuk dan dikendalikan Hospital Kulai.

“Pihak Hospital Kulai akan memberikan tumpuan pada pesakit yang lebih serius dan memberi rawatan kecemasan diikuti dengan rujukan atau kemasukan wad jika perlu,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai di kawasan sekitar yang mahu mendapatkan rawatan bukan kecemasan boleh pergi ke Klinik 1Malaysia Saleng di Bandar Putra dan Klinik Kesihatan Kulai Besar. – BERNAMA

Tags: Hospital Sultanah Aminah (HSA)jururawatkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd