• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Bulan Tidak Tampil Bersama, Kim Jong-Un & Isteri Cerai?

oleh AK-47
31/10/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTERI kepada diktator kerajaan komunis Korea Utara, Kim Jong-un, Ri Sol-ju sudah tidak lagi tampil bersamanya di khalayak umum selama hampir tujuh bulan kebelakangan ini, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa rumah tangga mereka berdua sedang berantakan.

Menurut para pemerhati yang mengikuti perkembangan rejim tersebut, Sol-ju mungkin telah bertelagah bersama adik perempuan suaminya, Kim Yo-jong, yang kini semakin menyinar sebagai pengganti takhta abangnya itu.

Kali terakhir Sol-ju mengikuti suaminya ke majlis umum adalah pada 28 Mac lalu, apabila beliau menemani Jong-un melawat sebuah kompleks komersial dan kesihatan baru di Pyongyang.

Sejak 2012, wanita pertama itu sering tampil bersama Jong-un ke program-program anjuran kerajaan seperti ‘lawatan mengejut’ di kilang-kilang, hospital dan taman tema.

7 Bulan Tidak Tampil Bersama, Kim Jong-Un & Isteri Cerai?
Saat bahagia Ri Sol-ju menemani Kim Jong-un hadir ke majlis-majlis rasmi.

Sol-ju juga sering menjadi perhatian jurugambar ketika menemani suaminya ke-22 acara rasmi pada tahun 2013 dan 15 kali pada 2014, namun beliau hanya dirakamkan tiga kali pada tiga bulan pertama tahun ini dan tiada lagi selepas tempoh itu.

“Ini merupaka sesuatu yang amat mengejutkan kerana Kim sendiri sering dirakamkan oleh media Korea Utara,” kata Toshimitsu Shigemura, seorang professor di Universiti Waseda, Tokyo dan pakar kepimpinan Korea Utara.

“Terdapat beberapa kemungkinan, termasuklah spekulasi bahawa beliau sedang sarat mengandung atau mereka berdua sedang bergaduh,” katanya kepada akhbar The Telegraph.

Tambah Shigemura lagi, punca kepada pergaduhan mereka mungkin disebabkan hubungan rapat di antara Sol-ju dengan Jang Song-thaek, iaitu bapa saudara dan mentor kepada Jong-un.

Song-thaek telah dihukum mati pada Disember 2013 selepas didapati bersalah melakukan jenayah terhadap negara tersebut, termasuklah ‘menggugat penyatuan dan perpaduan parti’.

Selain itu, Sol-ju juga mungkin dikawal ketat ketika ini akibat laporan berlakunya ketidakstabilan politik di Pyongyang ketika ini dan beberapa insiden serangan, termasuklah yang dicetuskan oleh sebahagian tentera Korea Utara terhadap Jong-un tahun lalu.

Satu lagi kemungkinan adalah mungkin Sol-ju sedang bermasam muka dengan adik perempuan diktator tersebut yang baru dilantik untuk mengemudi Jabatan Pergolakan dan Propaganda Korea Utara, kata Shigemura lagi.

Antara tugas beliau termasuklah mempromosikan pengaruh abangnya, di samping memastikan Jong-un kekal berkuasa. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Kim Jong-unKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd