• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengangkutan Bas Tingkat Sektor Pelancongan Melaka

oleh Ahmad Albab
30/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sistem pengangkutan bas yang lebih cekap adalah antara komponen utama yang akan diberi penekanan oleh kerajaan Melaka bagi meningkatkan sektor pelancongan negeri itu.

Bagi merealisasikan hasrat menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap untuk rakyat, kerajaan negeri menubuhkan syarikat Panorama Melaka Sdn Bhd yang mana bas berwarna merah ‘Panorama Melaka’ menjadi pilihan utama pelancong yang berkunjung ke negeri bersejarah itu.

Exco Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa negeri, Datuk Lim Ban Hong berkata sebagai negeri pelancongan, Melaka memerlukan perkhidmatan bas henti-henti yang cekap dan moden untuk kemudahan pelancong yang berkunjung ke negeri itu.

Beliau berkata sehingga kini, Panorama Melaka Sdn Bhd telah menempatkan hingga enam bas henti-henti yang beroperasi di kawasan Bandaraya Melaka yang terkenal dengan pelbagai kawasan tarikan pelancong, dengan kekerapan antara 15 dan 20 minit bagi setiap bas.

“Dalam usaha menyediakan perkhidmatan bas henti-henti yang terbaik di Melaka, Panorama Melaka telah menetapkan perancangan menempatkan 10 bas yang beroperasi di kawasan bandar dengan kekerapan 10 minit setiap bas.

“Dengan kekerapan 10 minit setiap bas, kita berharap ianya akan menggalakkan lebih ramai pelancong yang tinggal di hotel atau penduduk tempatan menggunakan perkhidmatan ini, sekali gus mengurangkan kenderaan keluar masuk di kawasan itu,” kata Lim kepada Bernama.

Kerajaan negeri menerusi Panorama Melaka yang ditubuhkan pada 10 Jan 1989 mula mengendalikan perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini bermula 1 Feb 2012 setelah mengambil alih 10 syarikat bas henti-henti di Melaka pada 26 Jan 2012.

Pengambilalihan itu merupakan inisiatif kerajaan Melaka di bawah teras Bidang Keberhasilan Utama Negara bertujuan menambah baik pengangkutan awam, sekali gus meningkatkan sektor pelancongan di negeri tersebut.

Menurut Lim, dua bas elektrik juga sudah mula beroperasi di sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO di Bandar Hilir di sini sejak Feb lepas melalui sistem bas ‘hop on hop off’ yang mengguna pakai teknologi hijau dari China.

“Kewujudan bas elektrik ini merupakan satu lagi pilihan alternatif atau kaedah pengangkutan awam untuk pelancong yang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk melawat destinasi di kawasan tapak warisan dunia.

“Bas elektrik ini hanya beroperasi pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan tambang murah yang dikenakan iaitu sebanyak RM5 seorang untuk dewasa, manakala RM2.50 seorang untuk kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya bas henti-henti dan bas elektrik yang singgah di kawasan bersejarah di Bandar Hilir seperti Bangunan Stadthuys, Dataran Pahlawan, Bukit Senjuang, Mahkota Parade serta Kota Laksamana, sekali gus Melaka dapat mempromosikan pusat pelancongan yang terdapat di negeri ini.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata pelancong dari dalam dan luar negara bukan sahaja menggunakan perkhidmatan bas henti-henti untuk melawat kawasan di Tapak Warisan Dunia bahkan turut menggunakan bas itu ke kawasan di luar bandar Melaka.

Ghazale berkata, sebanyak 40 bas henti-henti itu sudah dilengkapi dengan sistem navigasi kenderaan (GPS) dan kamera litar tertutup (CCTV) bagi membolehkan pengurusan memantau perjalanan bas supaya mengikut jadual ditetapkan selain meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

“Dengan adanya perkhidmatan bas henti-henti yang selamat, selesa dan mesra OKU (Orang Kelainan Upaya) ini, ianya diyakini mampu merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini Panorama Melaka memiliki lebih 60 bas henti-henti dan 35 laluan merangkumi laluan ekonomi dan laluan sosial di kawasan bandar serta luar bandar dengan tambang sebanyak RM1 untuk tiga kilometer pertama dan 10 sen untuk setiap kilometer seterusnya.

“Syarikat pengendali perkhidmatan bas henti-henti ini juga bercadang membuat penambahan jumlah bas dan laluannya kerana pengangkutan awam ini mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan dan pelancong yang datang ke negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: basMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd