• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ETS Laluan Utara-Selatan Mula Beroperasi Esok

oleh Ahmad Albab
29/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH – Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) bagi laluan utara-selatan yang terjejas ekoran kejadian tren kargo tergelincir di Kampung Bakap berhampiran Stesen Batu Gajah di sini, beroperasi seperti biasa mulai 5 pagi esok.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata ia berikutan kerja membaik pulih laluan tren Ipoh-Kampar sepanjang 100 meter yang terjejas berjalan lancar.

“Kerja pengalihan gerabak bermula 12.30 tengah hari tadi dan setakat ini (pukul 5 petang) kerja pengalihan gerabak telah 70 peratus siap dan selepas itu kerja membaik pulih landasan akan dilakukan termasuk menukar trek kereta api baharu.

“Kami yakin sekiranya tidak hujan malam ini ia dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya memerlukan masa 20 minit bagi memindahkan satu gerabak dan setakat pukul 5 petang tadi sebanyak 17 daripada 25 gerabak telah dipindahkan.

Nawawi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kegelinciran dengan mengambil kira pelbagai sudut seperti masalah teknikal, kecuaian manusia dan khianat selain mengambil keterangan pemandu kereta api serta pemandunya.

“Kami juga akan memeriksa alat perakam data yang berada dalam lokomotif untuk membantu siasatan,” katanya.

Pada kejadian 3.15 pagi pada Jumaat lalu, dua lokomotif dan 40 gerabak dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek, Perak, untuk mengambil muatan simen, tergelincir di KM200.332 antara Kota Bharu-Lahat di sini.

Dalam insiden itu, dua lokomotif dan 25 gerabak mengalami kegelinciran. – BERNAMA

Tags: ETS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

ETS JB Sentral ke Segamat Hanya Satu Jam 35 Minit – Onn Hafiz

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Rakyat Johor menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang lebih pantas dengan perkhidmatan ETS bagi...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd