• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obama Hantar Lagi Surat Rahsia Untuk Khamenei

oleh
07/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter
Ali Khamenei

WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama secara rahsia pernah menulis surat yang dikirimkan terus kepada pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada bulan lalu, lapor akhbar perniagaan terkenal, The Wall Street Journal semalam.

Antara isi kandungan surat tersebut ialah membincangkan kemungkinan bekerjasama dengan negara Syiah itu bagi menentang kumpulan militan Islamic States (IS) yang menguasai sebahagian wilayah Iraq dan Syria sehingga mengancam keselamatan negara-negara jiran.

Namun jurucakap White House, Josh Earnest pada sidang media harian di sini hari ini enggan mengesah atau menafikan laporan itu dan menjelaskan: “Saya bukan dalam kedudukan untuk mendedahkan isi perbincangan peribadi antara Presiden AS dengan pemimpin asing.”

AS tiada hubungan rasmi dengan Iran sejak 1979 susulan insiden berdarah rampasan kedutaan negara itu di Teheran dalam krisis tebusan pegawai diplomatik AS selama 444 hari yang menyaksikan Raja Shah Pahlavi turut digulingkan ketika berada di luar negara.

Dalam surat itu, Obama meminta Khamenei menjalin kerjasama memerangi IS namun ia masih bergantung kepada perkembangan rundingan berhubung pertikaian program nuklear Iran yang dijangka perlu ditamatkan menjelang tarikh akhir 24 November.

Akhbar itu melaporkan, ia surat keempat dihantar Obama kepada Khamenei sejak pemimpin berkenaan mengambil alih pentadbiran daripada George W Bush pada 2009 namun White House mendakwa, pemimpin Iran itu tidak pernah membalas surat tersebut. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIranWhite House
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

Mat Sabu Wakili Malaysia ke Upacara Pengebumian Ali Khamenei Di Iran

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia menghadiri upacara pengebumian bekas pemimpin...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd