• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badut ‘Pembunuh’ Sudah Berkeliaran Di Malaysia?

oleh AK-47
27/10/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini, ‘serangan’ badut pembunuh hanya dilaporkan di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia hingga menimbulkan kekecohan dan ketakutan.

Tetapi perkongsian Chloe Ong Dan Alex Tham menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini membuktikan fenomena badut pembunuh ini sudah mula menular di ibu negara.

Dalam posting tersebut memaparkan beberapa keping gambar individu yang memakai kostum badut dengan pandangan menakutkan di taman permainan sekitar Kuala Lumpur.

Badut 'Pembunuh' Sudah Berkeliaran Di Malaysia?

Chloe berkata, dia pernah terserempak melihat badut tersebut di sebuah taman permainan kanak-kanak yang sedang memerhatikannya dari arah belakang.

Badut tersebut melambaikan tangan ke arahnya tetapi dia bertindak melarikan diri selepas mengambil gambar badut yang berdiri berdekatan dengan permainan gelongsor.

Walaupun tidak dinyatakan tempat kejadian itu tetapi netizen percaya gambar badut pembunuh itu diambil di sebuah taman permainan di Bukit Jalil.

Badut 'Pembunuh' Sudah Berkeliaran Di Malaysia?

Netizen menganggap ‘kemunculan’ badut pembunuh itu sebagai percubaan untuk menakut-nakutkan penghuni di sekitar Kuala Lumpur.

Di negara-negara Barat, ‘serangan’ badut pembunuh ini semakin gila menakutkan orang ramai dengan menggunakan senjata dan solekan yang seram hingga mendatangkan kecederaan.

Walaupun ada pihak yang anggap badut pembunuh sebagai satu bahan jenaka tetapi ia tetap boleh mendatangkan kecederaan kepada individu yang mempunyai penyakit atau sebagainya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: badut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi ‘Koyak Rabak’ Disindir Badut?

Sanusi ‘Koyak Rabak’ Disindir Badut?

08/10/2022
0

Mengapa Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kelihatan tersangat 'koyak'? Ikuti Mynewshub: Telegram Barangkali benar...

Piala Dunia: Neymar Dikecam ‘Badut’ Atas Padang

06/07/2018
0

KAZAN, Rusia - Bintang Brazil, Neymar dikecam teruk gara-gara tindakan 'lakonan' melampaunya pada kempen Piala Dunia 2018. Lebih buruk lagi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd