Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lelaki Bawa Singa Bersiar...

KARACHI - Seorang lelaki yang bawa singa betina peliharaannya di belakang kenderaannya dituduh...

Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah...

KUALA LUMPUR – Esok, Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat...

Jerebu Landa Sarawak

KUCHING : Sekurang-kurangnya lima kawasan di Sarawak mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana...

RM5.68 Juta Peruntukan Seleggara...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan membelanjakan sebanyak RM5.68 juta untuk penyelenggaraan sekolah di...

Sanusi ‘Koyak Rabak’ Disindir Badut?

Mengapa Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kelihatan tersangat ‘koyak’?

Ikuti Mynewshub: Telegram

Barangkali benar kata-kata orang lama satu jari tunding kepada orang, empat jari berbalik pada diri sendiri.

Mungkin juga kerana stress sebab Parlimen akan terbubar sehingga begitu ‘mentimun’ wallahualam. Hanya Allah mengetahui isi hati insan.

Rasanya sepanjang kontroversi membabitkan kenyataan Muhammad Sanusi, pemilik JDT tersangat kurang memberi respons.

Sekali-sekala sahaja membidas mungkin tahu tiada guna layan gelagat kebudak-budakan yang dahagakan perhatian dan kasih sayang.

Namun semakin dibiarkan semakin galak, lantas terkeluarkan istilah ‘badut’ sebagai penegasan sebuah tingkah laku yang jelek dan remeh harus dihentikan.

Umpama perangai (bukan semua) kanak-kanak kecil, dia mengata orang boleh, sekali orang mengata pada dia melenting, melompat dan meracau.

Siapa yang sebenarnya suka melabel-labelkan orang lain dengan gelaran buruk. Semua masih ingat siapa mengelar siapa sebagai ‘tokong’

Kemudian banyak lagi kata-kata perli dan sindiran yang menyakitkan hati.
Pihak yang kurang senang dengan kebiadapan itu diejek ‘koyak’.

Tetapi apabila dia disindir ‘badut’, lagi teruk dia ‘koyak rabak’ sehingga menuduh orang lain yang konon suka mengata.

Permudah cerita pemilik JDT bukanlah lanun seperti dilabelkan beliau. Pemilik JDT memberi, menyumbang dan membantu bola sepak negara.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah berterima kasih kepada pemilik JDT kerana meletakkan benchmark tinggi buat bola sepak negara.

FAM mengesahkan semakin banyak pasukan Liga Malaysia kian meningkat kerana mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh JDT

Jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, Kim Pan-gon juga pernah membuat kenyataan terbuka mengiktiraf sumbangan pemilik JDT.

Pemilik JDT semasa memegang jawatan Presiden FAM melangsaikan hutang piutang dan menyumbang dananya sendiri kepada badan itu.

Menyusun dan mengkoordinasikan semula FAM supaya bebas daripada anasir-anasir yang tidak diingini yang melemahkan badan tersebut.

Menjadikan Liga Malaysia lebih berprestij dan kompetitif serta meningkatkan jemana Malaysia di pentas antarabangsa.

Pernah membenarkan skuad kebangsaan menggunakan fasiliti JDT yang serba lengkap dan moden untuk menjalani latihan.

‘Lanun’ tidak memberi seperti pemilik JDT. Mungkin maksud ‘lanun’ yang dia labelkan kerana ramai pemain ternama bermain untuk JDT.

Adakah ramai profesional hebat bekerja dengan syarikat terkemuka kerana pemilik syarikat itu ‘lanun”?

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori