• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Umum Pampasan Kepada Waris Dan Mangsa

oleh Ahmad Albab
27/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor memutuskan akan memberi pampasan kepada waris dan mangsa kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata persetujuan itu dicapai pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini.

“Kita buat keputusan setiap mangsa yang meninggal dunia, waris akan menerima pampasan sebanyak RM2,000, manakala mangsa yang cedera parah akan terima RM5,000 dan mangsa yang cedera sebanyak RM3,000,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Unit Swadaya Insan Negeri Johor di sini hari ini.

Bagi upacara pengkebumian pula, Menteri Besar itu meminta Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, R. Vidyananthan melihat implikasi kos terhadap keluarga mangsa bagi bantuan kerajaan negeri.

“Ini merupakan sumbangan kerajaan negeri johor kepada mereka,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled juga berharap Kementerian Kesihatan menyediakan pelan kecemasan agar perkara ini tidak berulang.

“Kita mengharapkan supaya kementerian ada benda-benda begitu (pelan kecemasan) dan kita juga percaya bahawa perkara seperti ini tidak akan berulang dan juga mengambil iktibar apatah lagi bangunan yang sudah begitu lama seperti HSA,” kata beliau ketika mengulas sama ada kerajaan negeri akan menyediakan pelan kecemasan bagi hospital berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar, manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan.

Tiga kakitangan hospital itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.- BERNAMA

Tags: Hospital Sultanah Aminah (HSA)Johorkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mengalami kemerosotan ketara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila parti komponen utamanya, DAP,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd