• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Seleweng Dana: 14 Pegawai Bebas Daripada Reman

oleh AK-47
26/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seramai 14 pegawai sebuah jabatan kerajaan di Sabah, yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana projek asas bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan hari ini.

Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata kesemua individu terbabit dibebaskan dengan ikat jamin di antara RM50,000 dan RM200,000 tanpa deposit dengan dua penjamin setiap seorang.

Mereka terdiri daripada lima jurutera bahagian, tiga jurutera daerah dan masing-masing seorang juruteknik dan pegawai kerja air yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota, kata sumber itu hari ini.

“Selain itu, seorang jurutera bahagian dan dua juruteknik dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu manakala seorang jurutera yang dibebaskan Mahkamah Majistret Tawau,” kata sumber itu.

Mereka adalah antara suspek yang ditahan SPRM dalam ‘Ops Water’ Fasa II pada 19 Oktober lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 4 Oktober lepas, SPRM melancarkan ‘Ops Water’ Fasa I dan menahan empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan terbabit bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana berkenaan.

Berikutan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM114 juta serta 127 geran tanah dan barangan kemas.

Keempat-empat individu berkenaan telah dibebaskan daripada reman dengan ikat jamin di antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin.

SPRM melancarkan ‘Ops Water’ Fasa II selepas mengesyaki ramai lagi pegawai daripada jabatan berkenaan terlibat dalam penyelewengan itu hasil daripada siasatan terhadap pegawai yang ditahan sebelum itu. – BERNAMA

Tags: rasuahSabahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd